Thursday 31 May 2012


DENGAN KESABARAN AKU MENANTIKAN SAAT BAHAGIA ITU...

Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Kahwinilah wanita itu kerana empat perkara, kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikan dan kerana agamanya. Pilihlah wanita yang beragama, engkau akan selamat".(riwayat bukhari&muslim)

 "Wanita-wanita yang keji diperuntukkan untuk lelaki yang keji. Dan lelaki yang keji diperuntukkan untuk wanita yang keji pula, dan wanita yang baik diperuntukkan bagi lelaki yang baik, dan lelaki yang baik diperuntukkan bagi wanita yang baik pula." (An Nur: 26)

Meminta keizinan wanita
عَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ قَالَ
قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم
لا تُنْكَحُ الايِّمُ حَتَّى تُسْتَأْمَرَ وَلا تُنْكَحُ
البِكْرُ حَتَّى تستأْذَنَ قَالُوا يَا رَسُولَ اللهِ
وَلَيْفَ إِذْ نُهَا قَالَ أنْ تسكُتَ
Dari Abu Hurairah r.a. katanya :
Rasulullah s.a.w. bersabda :
"Tiada boleh dikahwinkan perempuan janda,
sebelum meminta pendapatnya,
Dan tiada boleh dikahwinkan gadis perawan
sebelum diminta keizinannya" Mereka berkata :
"Ya Rasulullah , bagaimana keizinan perawan itu?
Nabi menjawab "Dia diam saja".
Hadis sahih riwayat Muslim
 
Alhamdulillah..bersyukur ke hadrat Allah S.W.T kerana telah menggerakkan aku untuk meneruskan kehidupan ini..dan telah menggerakkan aku untuk kembali menatap ruang penulisanku ini...InsyaAllah pada ruangan ini....aku ingin berkongsi ilmu dan pengetahuan tentang satu kata yang tidak asing lagi dalam keinginan diri manusia yang menyanjung syariat dan perintah Allah...iaitu PERKAHWINAN...apa itu perkahwinan??????
perkahwinan ialah satu wasilah untuk menyatukn dua hati bagi menyuburkan benih CINTA YANG HALAL.. MELAHIRKAN UMMAH DAN ANAK2 YANG SOLEH SERTA SOLEHAH...

  Sebelum kita melangkah lebih jauh untuk mengenali dan memahami apa itu perkahwinan marilah kita sama2 hayati dulu apa itu amanah perkahwinan...dibawah ini akan ku coretkan pengertian yang bermakna tentang perkahwinan...hayatilah bait2 lagu ini...dan biarkan hatimu menguasai fikiran...

                                                  ( SAAT LAFAZ SAKINAH )

Heningnya..sunyi suasana..lafaz sakinah bermula..
Apa rahsia diterjemah hanya...sebak abah tangis ibunda..
"Adalah aku wali puteriku..serah kini amanah ku ini kepadamu..nafkahilah dia...curah kasih tercinta..lebih dari yang kuberikan kepadanya.."

"Dulu esakannya sandar dibahuku...tangisannya kini ku serah padamu..bukan bermakna dia bukan milikku,fitrahnya perlukanmu.."

"Jadikanlah dia wanita syurga...mengerti benar akan MAHARNYA..taat itu bukan hanya pada nama...indah ia pada maksudnya.."

 ...............................................................................................................................................................


 "Kuaku akan pesanmu....puterimu kini amanahku..iringlah dengan doamu...bahagia kami dari redhamu.."


   Sedarlah...betapa susahnya seorang ayah dan seorang ibu itu hendak melepaskan anak perempuan mereka kepada seorang lelaki yang bakal menjadi suami kepada anak mereka...kerana takutnya mereka dan bimbang permata yang mereka serahkan kepada seorang suami itu tidak dapat menjanjikan anak perempuan mereka itu diberikan kasih sayang seperti mana yang mereka berikan..begitu juga payahnya hendak melepaskan seorang anak lelaki menggalas tanggungjawab yang besar dan amanah yang berat ini iaitu memimpin seorang isteri..kerana mereka bimbang dan khuatir...bolehkah anak lelaki mereka memimpin isteri dan keluarga ke syurga Firdaus,,,dan bukannya menghumbankan mereka ke dalam api neraka.. 

  wahai adam yang ku muliakan...bait2 lagu ini ternyata ditujukan kepada kaummu...kerana kaummu yang akan melalui debaran saat lafaz sakinah iaitu saat kau melafazkan "AKU TERIMA NIKAHNYA"..dan disaat kau melafazkan kata2 keramat itu maka terpikullah olehmu amanah yang diberikan oleh wali isterimu...amanah itu terlalu besar janganlah kau abaikan...kerana di makhamah akhirat nanti tempat kau disoal..wahai adam...aku berkata benar berdasarkan hadis2 dibawah ini....fahamilah...dan berhati2lah dalam membuat pemilihan...kerana rumahtangga yang dibina bukan berdasarkan keseronokan...tapi berasaskan keimanan...perkahwinan itu merupakan salah satu penentu kejayaan kamu di akhirat kelak....pilihlah dengn iman...

Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Takutlah kepada Allah, di dalam memimpin isteri-isterimu, kerana sesungguhnya mereka adalah amanah yang ada disampingmu, barangsiapa tidak memerintahkan agar isterinya mengerjakan solat, dan mengerjakan agama kepadanya, maka ia telah berkianat kepada Allah dan Rasul-Nya...

Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Sebaik-baik wanita itu ialah apabila kamu memandangnya kamu akan senang hati (gembira), apabila kamu perintah, ia patuh kepadamu, apabila kamu pergi, ia akan menjaga dirinya dan menjaga hartamu."





Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Wanita yang paling banyak mendapat kurnia ialah wanita yang murah mas kahwinnya, yang senang nikahnya dan baik budi pekertinya. Dan wanita yang jahat ialah wanita yang mahal mas kahwinnya, payah nikahnya dan yang buruk budi pekertinya. 
Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Hak suami atas isterinya (tanggungjawab isteri terhadap suaminya), bahawa isteri tidak boleh meninggalkan hamparan (tilam) suaminya, hendaklah menerima dengan baik pemberian suaminya, hendaklah taat pada perintah suaminya, tidak boleh keluar dari rumahnya kecuali dengan izin suaminya, dan tidak boleh membawa (membenarkan) orang yang dibenci oleh suaminya masuk ke dalam rumahnya." (riwayat Al-Tabrani)

Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Bila isteri itu mengerjakan sembahyang lima waktu, berpuasa bulan Ramadan, memelihara kemaluannya dan mematuhi suruhan dan larangan suaminya, maka akan dimasukkan dia ke dalam syurga." (riwayat Abu Hurairah)

Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Tiga perkara yang dilakukan dengan bersungguh-sungguh dianggap bersungguh-sungguh, dan yang dilakukan dengan gurauan (main-main) akan menjadi sungguh-sungguh iaitu nikah, talak dan rujuk.

"Diantara tanda-tanda kekuasaan Allah ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antara kamu rasa kasih dan sayang. (Ar-Rum 21)

Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, " Sebaik-baik kamu adalah yang terbaik terhadap keluarganya dan aku adalah yang terbaik daripada kamu terhadap keluargaku. Orang yang memuliakan kaum wanita adalah orang yang mulia, dan orang yang menghina kaum wanita adalah orang yang tidak mempunyai budi pekerti." (riwayat Abu Asakir).

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari, Aisyah pernah ditanya apa yang dilakukan oleh Rasullulah SAW dalam rumahtangganya? Jawab Aisyah: Nabi SAW biasa membantu kepentingan keluarganya. Menyapu rumah, menjahit baju yang koyak, memperbaiki sepatu dan memerah susu kambing. Bila tiba waktu solat tiba baru baginda berhenti, kemudian menunaikan solat." 
Terdapat beberapa cara untuk menggauli isteri secara baik antaranya tidak membuka rahsia isteri serta memperkatakannya di hadapan masyarakat umum. Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Muslim, Rasulullah SAW bersabda, "Seburuk-buruk manusia disisi Allah pada hari Kiamat adalah seorang lelaki yang menceritakan hubungan dengan isterinya dan isteri yang berhubungan dengan suaminya lalu menyebarluaskan rahsia mereka."

"Isteri-istei kamu adalah seperi kebun tempat kamu bercucuk tanam, maka datangilah kebun tempat kamu bercucuk tanam itu bagaimana sahaja yang kamu kehendaki." (Al Baqarah: 223)

 Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Perbaikilah wanita, kerana sesungguhnya wanita itu diciptakan dari tulang rusuk. Paling bengkoknya tulang rusuk itu adalah di bahagian atasnya. Jika meluruskannya terlalu keras., maka ia akan pecah. Dan jika dibiarkan, maka ia akan tetap bengkok. Maka perbaikilah wanita itu dengan cara yang baik.

"Hai sekelian manusia, bertaqwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu, daripadanya pula Allah menciptakan pasangannya, dan dari keduanya dikembangkan laki-laki dan wanita-wanita yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah dengan (menggunakan) nama-Nya kamu saling meminta satu sama lain; dan (peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah sentiasa mengawasi kamu." (An-Nisa': 1)

perkahwinan itu akan meneguhkan lagi kasih sayang dalam diri...kerana ada yang memberikan semangat dan ada disaat kita memerlukan...perkahwinan juga menghlalkan segalanya...







Apalah erti sebuah perjuangan suami jika tiada isterinya disisi...tiada yang lebih indah berbanding disaat suami isteri itu bersama2 dalam menegakkan hukum Allah....

Justeru...jangan lah kita menghampiri CINTA jika tidak berniat mendirikan cinta itu dengan PERKAHWINAN....
Janganlah kita menghampiri cinta....jika bukan berniat untuk berumah tangga...kerana CINTA itu ada...dan halal dan hanya dapat diungkapkan dengan setulus rasa kepada yang halal menerimanya...I LOVE YOU....I MISS YOU...adlah ungkapan manis untuk sidia yang halal bg dri kita.....jangan kita mengaburkan cinta itu dengan nafsu....

berkahwinlah...dan jangnlah bimbang akan kemudharatannya kerana Allah akan sentiasa memberikan rezeki dan membantu sesiapa sahaja yang menegakkan sunnatullah ini...  MAKA OLEH ITU ELAKKANLAH UNTUK BERCINTA JIKA KITA TIDAK MAHU BERKAHWIN....waallahualam bi sawwab....


Aku menanti saat itu dengan sabar....INSYAALLAH..ya Allah...izinkanlah aku merasainya....

No comments:

Post a Comment