Thursday 12 January 2012

Teman Seperjuanganku...

Di pertengahan bulan Oktober ceritanya....

Ketika itu aku dan dia bersua..hanya senyuman manisnya terukir...aku hairan lantas hati berbicara,"sapa la ni,tu bilik aku yang dia jenguk tu?"gadis yang penuh kesopanan,bertudung labuh dan memiliki wajah seakan bujurnya sirih menghampiri bilikku,ketika itu aku baru sahaja selesai menunaikan solat maghrib..hatiku menangis ketika itu kerana terlalu merindui keluargaku..Aku disini keseorangan dan kesunyian meskipun ramai sahabat handai..lalu aku berdoa kepada kekasihku yang satu yang Maha mendengar lagi Maha Memahamiku..aku menangis dan merintih sepuas hati agar kekasihku itu memberiku teman untuk meneruskan perjuangan di dunia ini..Ya Allah...maha suciMu yang satu..sememangnya kau mendengar rintihanku itu..oleh sebab itulah kau menghadiahkan aku 'teman' ini.

   Tutur kata dan bicaranya lembut,tingkah laku dan gerak gayanya sopan.Dia menjadikan aku sentiasa tenang  bersamanya.Kehadirannya sebagai wasilah untuk membuktikan betapa banyaknya kasih dan cinta Allah di muka bumi ini.Dialah roomate baru ku.Dia lah peneman yang bakal menemani aku ktika sahabatku yang menjadi penemanku sebelum itu telah melanjutkan pelajarannya ke Jordan.Dia seorang gadis yang lebih berusia dariku..perbezaan umur antara kami hanyalah 2 tahun.Walaupun aku dan dia berbeza umur,namun pandangan dan tujuan kami searus iaitu mengejar keredhaan dan cinta Allah S.W.T.Semakin hari,semakin aku menyayanginya..alangkah bertuah dan bahagianya jika kami keluar dari rahim yang sama.Hati ku hanya menyebut 'Subhanallah',kerana makin lama aku mengenalinya semakin banyak peribadinya yang mengagumkanku...



     Melaui kasih syang sesama manusia yang aku rasai ini memberikan ilham kepada ku untuk merangka ayat-ayat yang berunsur kasih sayang dalam novel ku yang bakal ku siapkan InsyaAllah..pada mulanya aku melihat wajahnya itu penuh dengan kesayuan..penuh ketabahan..lantas terlintas dalam benakku.."siapakah ibu bertuah yang mengandungkanmu dan melahirkanmu"baru beberapa purnama aku dan dia mengenali hati budi..aku dan dia sudah memahami feel masing-masing,aku dapat merasakan betapa kuatnya ukhwah antara kami berdua..kami bersama-sama mencintai Allah..bersama-sama mencari wasilah untuk penyucian jiwa...aku ingin sekali sillaturrahim antara kami terjalin dari dunia hingga ke akhirat..kini jiwa ku bertambah yakin bahawasanya cinta dan kasih sayang itu begitu besar maknanya...jika kita merasa senang dan bahagia bersama seseorang bermakna kasih dan sayang kita telah mekar tanpa kita sedari...dan sesungguhnya..kasih sayang yang sebegitu telah ditiupkan oleh Allah ke dalam jiwa kita...benarlah apa yang ku tahu..KEIKHLASAN DALAM HATI AKAN TERPANCAR DAN MEMBUATKAN KITA TAHU HATI SESEORANG ITU....aku nampak sinar di wajahnya...aku masih mencari pada mulanya..apakah sinar itu?Alhamdulillah kini aku diberi fikrah oleh Allah bahawa sinar diwajahnya itu sebenarnya sinar ketabahan yang selama ini dia cuba lindungi agar sinar tu sentiasa bercahaya...kerana disebalik sinar wajahnya itu terselindung seribu duka yang tiada terungkap oleh bibirnya...dia merupakan seorang anak yang telah terdidik oleh ummi dan abahnya dengan ilmu yang sempurna...tiba-tiba Allah menarik salah seorang pendidik jiwa menghadapNYA.Hati mana yang tidak menangis?hati mana yang tidak bersedih?hati mana yang mampu untuk tidak menitiskan airmata?Aku kagum dan aku pasti...insan sepertinya hanya akan berduka sementara sahaja,kerana insan sepertinya itu tahu bahawa segala yang terjadi..ajal,jodoh pertemuan,bala dan rezeki merupakan apa yang telah ditentukan oleh Allah dari LUH MAHFUZ lagi...jadi aku mengerti bahawasanya kita memang perlu bersedih...jika ujian menimpa kita..kerana itu membuktikan kita manusia semata...punyai perasaan dan rasa...tapi bagi manusia yang bersaksikan Allah sebagai pencipta alam dan Rasul sebagai pensuruhnya,kita akan akur dengan ketentuan...sedih kita akan sementara sahaja...dan tidak akan berpanjangan..sabar lah temanku...kerana Allah bersamamu...sesungguhnya kita semua akan  kesana..

   Kini dengan gelaran 'kakak'aku memanggilnya,,terasa jiwa penuh dengan pengisian setiap kali kami berbicara tentang ketuhanan dan penciptaanya,aku yakin dengan ilmulah dia dapat menerima kata-kataku..walaupun jadual kuliahnya tidak bermain dengan kalam-kalam Allah...seperti Nahu dan Sorof..FiqhMuamalat seperti diriku ini, namun pengertian mendalamnya tentang syumulnya Islam itu membuatkan aku bersyukur..dan membuatkan hatiku berkata.."orang yang berilmu yang banyak berkata dari amalnya hanya membenarkan  diri mereka terdedah kepada rasa riak berbanding dengan orang yang berilmu tetapi disembunyikan ilmu itu untuk menutup hatinya dari mensyirikkan Allah dengan syirik-syirik khafi"

   kakak...kaulah teman seperjuangan yang ku cari...adik berharap sangat kita menjaga persaudaraan dan ukhwah kita yang indah ini selamanya...adik sayang kakak selamanya... 


No comments:

Post a Comment