Sunday 29 July 2012

JIKA DITANYA SIAPA DIRIKU DAN DAKWAH KU...KETAHUILAH...

SIAPA AKU??.....(MAN ANA!!!!!!????)

   Begitu cepat masa berlalu...begitu pantas waktu berjalan...aku kini sudah berada di tahun kedua dalam DIPLOMA PENGAJIAN ISLAM (DAKWAH)...namun hatiku masih belum gembira...kerana saban hari hati ini bertanya..apa yang aku dapat,apa yang aku dapat???????

   Aku sebak....airmata ku berlinang setiap kali mendengar pertanyaan hati kecilku ini.."Dakwah"bagiku bukan lah satu perkara yang senang...perlu ada kesabaran yang menggunung..aku semakin lemah tatkala ujian oleh Allah S.W.T melanda...namun hati ini bangkit semula apabila hati ini dipujuk dengan kalimah2 RABBku...dalam madahNYA DIA memujuk ku..."Apabila hamba-hambaku bertanya kepadamu(Muhammad)tentangku katakanlah bahawa sesungguhnya aku ini dekat.Aku dapat mengabulkan pemohonan orang yang berdoa padaKU jikalau ia telah memohonkan itu padaKU" (AL-BAQARAH : 186)...mengenangkan kalam RABBku ini aku kembali gagah...kembali gagah menongkah arus...aku pasti rintihanku didengariNYA.

    Sehinggalah satu hari dalam kuliah DAKWAH ISLAMIYYAH....rintihan kalbuku dijawab oleh Allah..Namun jawapan yang ku terima terbit dari bibir SANG MURABBI.Dia adalah wasilah yang ku cari..
"susah benonye bile kite dalam jalan dakwah ni...awok ingat mudoh ke?kene keji...kena maroh...tapi kalau kite tak menggerakkan jalan dakwoh ni..sape lagi?????awok kene sedor...bile awok dah ade dalam TARIQATUL DA'KWAH....awok adalah insan yang dipilih oleh Allah S.W.T...ingat bebaik,bukan semua boleh jadi pendakwoh"loghat pantai timur yang terbit dari bibir sang murabbiku itu membangkitkan roh aku untuk menumpukan perhatian...kerana mutiara kata dan nasihat dari sang murabbiku itu adalah makanan roh ini..aku menarik nafas panjang..lalu kuhelakannya perlahan-lahan tanda pengertianku...kemudian aku tersenyum...

   Banyak yang aku pelajari dalam ilmu Allah ini....aku sangat bersyukur kerana Allah telah melimpahkan rahmat dan kasih sayang dengan membenarkan aku mendalami ilmunya yang Agung dan mulia ini...Aku juga diberi kesempatan olehNYA untuk bergerak terus atas TARIQATUL DA'KWAH ini...KINI aku semakin kuat....hatiku dengan gagahnya dapat menjawab pertanyaan sendiri....

أنا إنسألت القوم عنى من أنا ؟
jika ditanya tentang "siapa" diriku?

HATIKU KINI MENJAWAB....
أنا مؤمن  سأعيش دوما مؤمنا
Akulah mukmin yang akan hidup sebagai mukmin!!!!!

فاليعلم الجميع عنى ههنا
Maka ketahuilah semua orang aku di sini..!!!!!!!

لن أنحنى لن أنتنى لن أركنأ
Tidak akan terhina atau terpesong mahupun cenderung!!!!

أني رأيت الله في أكوانه
Sesungguhnya aku melihat Allah dalam ciptaannya...

و سمعت صوت الحق في قرأنه
Dan aku mendengar suara kebenaran dalam QuranNYA...

ولمست حكمته وفيض حنأئه
Dan aku sentuh hikmahNYA dan belai kasihNYA...

في سيرة المختار في إيمانه
Dalam sirah mereka yang terpilih imannya...

أنا مصحف يمشى وإسلام يرى أنا نفحة العلية فوق الثرى
Aku adalah mushaf yang berjalan dan Islam diperlihatkan,Akulah angin yang meniup tinggi atas setiap pelayar...

الكون لي وخدمتي قد سخر

ولمن أنا أنا للذي خلق الورى

  Alam ini bagiku,dan bagiku khidmat yang telah dipermudahkan..dan untuk apa aku,aku untuk yang menciptakan semuanya...

Thursday 31 May 2012


DENGAN KESABARAN AKU MENANTIKAN SAAT BAHAGIA ITU...

Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Kahwinilah wanita itu kerana empat perkara, kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikan dan kerana agamanya. Pilihlah wanita yang beragama, engkau akan selamat".(riwayat bukhari&muslim)

 "Wanita-wanita yang keji diperuntukkan untuk lelaki yang keji. Dan lelaki yang keji diperuntukkan untuk wanita yang keji pula, dan wanita yang baik diperuntukkan bagi lelaki yang baik, dan lelaki yang baik diperuntukkan bagi wanita yang baik pula." (An Nur: 26)

Meminta keizinan wanita
عَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ قَالَ
قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم
لا تُنْكَحُ الايِّمُ حَتَّى تُسْتَأْمَرَ وَلا تُنْكَحُ
البِكْرُ حَتَّى تستأْذَنَ قَالُوا يَا رَسُولَ اللهِ
وَلَيْفَ إِذْ نُهَا قَالَ أنْ تسكُتَ
Dari Abu Hurairah r.a. katanya :
Rasulullah s.a.w. bersabda :
"Tiada boleh dikahwinkan perempuan janda,
sebelum meminta pendapatnya,
Dan tiada boleh dikahwinkan gadis perawan
sebelum diminta keizinannya" Mereka berkata :
"Ya Rasulullah , bagaimana keizinan perawan itu?
Nabi menjawab "Dia diam saja".
Hadis sahih riwayat Muslim
 
Alhamdulillah..bersyukur ke hadrat Allah S.W.T kerana telah menggerakkan aku untuk meneruskan kehidupan ini..dan telah menggerakkan aku untuk kembali menatap ruang penulisanku ini...InsyaAllah pada ruangan ini....aku ingin berkongsi ilmu dan pengetahuan tentang satu kata yang tidak asing lagi dalam keinginan diri manusia yang menyanjung syariat dan perintah Allah...iaitu PERKAHWINAN...apa itu perkahwinan??????
perkahwinan ialah satu wasilah untuk menyatukn dua hati bagi menyuburkan benih CINTA YANG HALAL.. MELAHIRKAN UMMAH DAN ANAK2 YANG SOLEH SERTA SOLEHAH...

  Sebelum kita melangkah lebih jauh untuk mengenali dan memahami apa itu perkahwinan marilah kita sama2 hayati dulu apa itu amanah perkahwinan...dibawah ini akan ku coretkan pengertian yang bermakna tentang perkahwinan...hayatilah bait2 lagu ini...dan biarkan hatimu menguasai fikiran...

                                                  ( SAAT LAFAZ SAKINAH )

Heningnya..sunyi suasana..lafaz sakinah bermula..
Apa rahsia diterjemah hanya...sebak abah tangis ibunda..
"Adalah aku wali puteriku..serah kini amanah ku ini kepadamu..nafkahilah dia...curah kasih tercinta..lebih dari yang kuberikan kepadanya.."

"Dulu esakannya sandar dibahuku...tangisannya kini ku serah padamu..bukan bermakna dia bukan milikku,fitrahnya perlukanmu.."

"Jadikanlah dia wanita syurga...mengerti benar akan MAHARNYA..taat itu bukan hanya pada nama...indah ia pada maksudnya.."

 ...............................................................................................................................................................


 "Kuaku akan pesanmu....puterimu kini amanahku..iringlah dengan doamu...bahagia kami dari redhamu.."


   Sedarlah...betapa susahnya seorang ayah dan seorang ibu itu hendak melepaskan anak perempuan mereka kepada seorang lelaki yang bakal menjadi suami kepada anak mereka...kerana takutnya mereka dan bimbang permata yang mereka serahkan kepada seorang suami itu tidak dapat menjanjikan anak perempuan mereka itu diberikan kasih sayang seperti mana yang mereka berikan..begitu juga payahnya hendak melepaskan seorang anak lelaki menggalas tanggungjawab yang besar dan amanah yang berat ini iaitu memimpin seorang isteri..kerana mereka bimbang dan khuatir...bolehkah anak lelaki mereka memimpin isteri dan keluarga ke syurga Firdaus,,,dan bukannya menghumbankan mereka ke dalam api neraka.. 

  wahai adam yang ku muliakan...bait2 lagu ini ternyata ditujukan kepada kaummu...kerana kaummu yang akan melalui debaran saat lafaz sakinah iaitu saat kau melafazkan "AKU TERIMA NIKAHNYA"..dan disaat kau melafazkan kata2 keramat itu maka terpikullah olehmu amanah yang diberikan oleh wali isterimu...amanah itu terlalu besar janganlah kau abaikan...kerana di makhamah akhirat nanti tempat kau disoal..wahai adam...aku berkata benar berdasarkan hadis2 dibawah ini....fahamilah...dan berhati2lah dalam membuat pemilihan...kerana rumahtangga yang dibina bukan berdasarkan keseronokan...tapi berasaskan keimanan...perkahwinan itu merupakan salah satu penentu kejayaan kamu di akhirat kelak....pilihlah dengn iman...

Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Takutlah kepada Allah, di dalam memimpin isteri-isterimu, kerana sesungguhnya mereka adalah amanah yang ada disampingmu, barangsiapa tidak memerintahkan agar isterinya mengerjakan solat, dan mengerjakan agama kepadanya, maka ia telah berkianat kepada Allah dan Rasul-Nya...

Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Sebaik-baik wanita itu ialah apabila kamu memandangnya kamu akan senang hati (gembira), apabila kamu perintah, ia patuh kepadamu, apabila kamu pergi, ia akan menjaga dirinya dan menjaga hartamu."





Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Wanita yang paling banyak mendapat kurnia ialah wanita yang murah mas kahwinnya, yang senang nikahnya dan baik budi pekertinya. Dan wanita yang jahat ialah wanita yang mahal mas kahwinnya, payah nikahnya dan yang buruk budi pekertinya. 
Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Hak suami atas isterinya (tanggungjawab isteri terhadap suaminya), bahawa isteri tidak boleh meninggalkan hamparan (tilam) suaminya, hendaklah menerima dengan baik pemberian suaminya, hendaklah taat pada perintah suaminya, tidak boleh keluar dari rumahnya kecuali dengan izin suaminya, dan tidak boleh membawa (membenarkan) orang yang dibenci oleh suaminya masuk ke dalam rumahnya." (riwayat Al-Tabrani)

Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Bila isteri itu mengerjakan sembahyang lima waktu, berpuasa bulan Ramadan, memelihara kemaluannya dan mematuhi suruhan dan larangan suaminya, maka akan dimasukkan dia ke dalam syurga." (riwayat Abu Hurairah)

Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Tiga perkara yang dilakukan dengan bersungguh-sungguh dianggap bersungguh-sungguh, dan yang dilakukan dengan gurauan (main-main) akan menjadi sungguh-sungguh iaitu nikah, talak dan rujuk.

"Diantara tanda-tanda kekuasaan Allah ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antara kamu rasa kasih dan sayang. (Ar-Rum 21)

Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, " Sebaik-baik kamu adalah yang terbaik terhadap keluarganya dan aku adalah yang terbaik daripada kamu terhadap keluargaku. Orang yang memuliakan kaum wanita adalah orang yang mulia, dan orang yang menghina kaum wanita adalah orang yang tidak mempunyai budi pekerti." (riwayat Abu Asakir).

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari, Aisyah pernah ditanya apa yang dilakukan oleh Rasullulah SAW dalam rumahtangganya? Jawab Aisyah: Nabi SAW biasa membantu kepentingan keluarganya. Menyapu rumah, menjahit baju yang koyak, memperbaiki sepatu dan memerah susu kambing. Bila tiba waktu solat tiba baru baginda berhenti, kemudian menunaikan solat." 
Terdapat beberapa cara untuk menggauli isteri secara baik antaranya tidak membuka rahsia isteri serta memperkatakannya di hadapan masyarakat umum. Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Muslim, Rasulullah SAW bersabda, "Seburuk-buruk manusia disisi Allah pada hari Kiamat adalah seorang lelaki yang menceritakan hubungan dengan isterinya dan isteri yang berhubungan dengan suaminya lalu menyebarluaskan rahsia mereka."

"Isteri-istei kamu adalah seperi kebun tempat kamu bercucuk tanam, maka datangilah kebun tempat kamu bercucuk tanam itu bagaimana sahaja yang kamu kehendaki." (Al Baqarah: 223)

 Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Perbaikilah wanita, kerana sesungguhnya wanita itu diciptakan dari tulang rusuk. Paling bengkoknya tulang rusuk itu adalah di bahagian atasnya. Jika meluruskannya terlalu keras., maka ia akan pecah. Dan jika dibiarkan, maka ia akan tetap bengkok. Maka perbaikilah wanita itu dengan cara yang baik.

"Hai sekelian manusia, bertaqwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu, daripadanya pula Allah menciptakan pasangannya, dan dari keduanya dikembangkan laki-laki dan wanita-wanita yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah dengan (menggunakan) nama-Nya kamu saling meminta satu sama lain; dan (peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah sentiasa mengawasi kamu." (An-Nisa': 1)

perkahwinan itu akan meneguhkan lagi kasih sayang dalam diri...kerana ada yang memberikan semangat dan ada disaat kita memerlukan...perkahwinan juga menghlalkan segalanya...







Apalah erti sebuah perjuangan suami jika tiada isterinya disisi...tiada yang lebih indah berbanding disaat suami isteri itu bersama2 dalam menegakkan hukum Allah....

Justeru...jangan lah kita menghampiri CINTA jika tidak berniat mendirikan cinta itu dengan PERKAHWINAN....
Janganlah kita menghampiri cinta....jika bukan berniat untuk berumah tangga...kerana CINTA itu ada...dan halal dan hanya dapat diungkapkan dengan setulus rasa kepada yang halal menerimanya...I LOVE YOU....I MISS YOU...adlah ungkapan manis untuk sidia yang halal bg dri kita.....jangan kita mengaburkan cinta itu dengan nafsu....

berkahwinlah...dan jangnlah bimbang akan kemudharatannya kerana Allah akan sentiasa memberikan rezeki dan membantu sesiapa sahaja yang menegakkan sunnatullah ini...  MAKA OLEH ITU ELAKKANLAH UNTUK BERCINTA JIKA KITA TIDAK MAHU BERKAHWIN....waallahualam bi sawwab....


Aku menanti saat itu dengan sabar....INSYAALLAH..ya Allah...izinkanlah aku merasainya....

Friday 13 January 2012

AKU YANG BERNAMA 'KHAIRA SYAKIRA'...

Pada 14/OGOS bersamaan tahun 1993...

Alhamdulilllah....seorang bayi telah selamat dilahirkan...lalu aku diberi nama oleh ibu bapaku.."anakku...ayah memberikan namamu KHAIRA SYAKIRA...semoga dengan nama ini kau akan menjadi anak yang solehah.."begitulah ucapan ayahku...lalu terdengar lah alunan puji-pujian memuji Allah yang maha suci di telingaku kanan dan kiri...

   Kini...aku telah dewasa..dewasa dengan kasih sayang ibu bapaku...aku dijaga..diasuh dengan ilmu...ibuku seorang yang sangat tabah,aku bertuah kerana dapat keluar dari rahimnya..ayahku pula seorang yang sangat mementingkan ilmu..dia sangat berharap agar aku menjadi insan yang berguna suatu hari nanti..Aku sangat bersyukur...aku sangat bersyukur kerana Allah masih tetap menyatukan keluarga kami meskipun pelbagai dugaan yang telah melanda keluargaku ini...

   Suatu hari ketika diriku dan ayahku berbicara tentang rahsia ketuhanan dan sifat-sifatnya,terlintas dihati untuk menanyakan kepada ayahku,"Apakah ertinya namaku?Dan daripada mana ayahku mendapat ilham untuk memberikan namaku itu?"lalu persoalan itu pun diajukan...dengan wajah tenang ayahku menjawab.."Tok wan cek dulu ustaz tau..dia yang memberikan nama pada cek tu,dia dapat nama cek tu melalui mimpi,pastu tokwan cek tu bagitau ayah,ayah pun letak lah nama tu kat cek"Soal makna pulak kita tengok satu-satu..'Khaira' tu bleh bermaksud baik,sebaik-baik atau kebaikan..'Syakira tu plak..brmaksud yang mengenang budi atau yang bersyukur."Tapi kenapa ayah dan tokwan tak letakkan nama srikandi-srikandi Rasulullah dahulu?mcam Siti Khadijah,Aisya Humaira,Fatimah Azzaharah dan sebagainya?kenapa nama khaira syakira tu jadi pilihan?
       
         soalan ku ajukan lagi.Ayahku menjawab.."wahai anakku,percayalah bahawa namamu itu telah ditentukan Allah buatmu..terimalah...usah mempersoalkannya lagi...jangan ragu dengan takdirmu..ayah dan tokwan tak mahu kalau nama hebat srikandi rasulullah itu hanya menjadi gelaran dirimu saja,tapi tak bleh menjadikan dirimu sehebat mereka..ayah tak mau jika ayah memberikan nama itu dan nama itu dipersiakan..aku mengangguk faham..ayahku pulak yang menyoal.."kenapa adik tanya soalan kt ayah macamtu?adik tak bersyukur dan bangga ke dengan nama yang adk pikul selama ni?aku terdiam...bukan menyetujui apa yang dikatakan ayahku itu,tapi aku tertanya-tanya adakah benar nama seseorang itu akan mencorakkan siapa dirinya,dan apa fungsi nama?Ayah aku seolah boleh menghidu pertanyaan hatiku,lalu dia berkata,"nama yang ayah bagi besar maknanya..ayah nak adk jdi seorang insan biasa yang mengenang budi..yang utamanya yang mengenag budi Allah...yang bersyukur atas nikmatnya...ayah nak adk jadi seorang yang baik dan membawa kebaikan...setiap kebaikan yang dibuat pada adk akan dibalas adk dengan kebaikan juga.."Ayahku mengusap kepalaku...aku berpuas hati dengn jawapan ayahku itu,lalu aku tersenyum...aku harap berkat dari doa ayahku menyebut namaku itu akan mendoakanku menjadi seperti itu...Amin...

      Kini...aku bangga dengan namaku...aku bersyukur...terima kasih Ya Allah kerana kau telah memberikan nama ini padaku...aku memohon Ya Allah kau peliharalah dan jagalah aku dari segala dosa...AMIN YA RABBAL ALAMIN...

Thursday 12 January 2012

Teman Seperjuanganku...

Di pertengahan bulan Oktober ceritanya....

Ketika itu aku dan dia bersua..hanya senyuman manisnya terukir...aku hairan lantas hati berbicara,"sapa la ni,tu bilik aku yang dia jenguk tu?"gadis yang penuh kesopanan,bertudung labuh dan memiliki wajah seakan bujurnya sirih menghampiri bilikku,ketika itu aku baru sahaja selesai menunaikan solat maghrib..hatiku menangis ketika itu kerana terlalu merindui keluargaku..Aku disini keseorangan dan kesunyian meskipun ramai sahabat handai..lalu aku berdoa kepada kekasihku yang satu yang Maha mendengar lagi Maha Memahamiku..aku menangis dan merintih sepuas hati agar kekasihku itu memberiku teman untuk meneruskan perjuangan di dunia ini..Ya Allah...maha suciMu yang satu..sememangnya kau mendengar rintihanku itu..oleh sebab itulah kau menghadiahkan aku 'teman' ini.

   Tutur kata dan bicaranya lembut,tingkah laku dan gerak gayanya sopan.Dia menjadikan aku sentiasa tenang  bersamanya.Kehadirannya sebagai wasilah untuk membuktikan betapa banyaknya kasih dan cinta Allah di muka bumi ini.Dialah roomate baru ku.Dia lah peneman yang bakal menemani aku ktika sahabatku yang menjadi penemanku sebelum itu telah melanjutkan pelajarannya ke Jordan.Dia seorang gadis yang lebih berusia dariku..perbezaan umur antara kami hanyalah 2 tahun.Walaupun aku dan dia berbeza umur,namun pandangan dan tujuan kami searus iaitu mengejar keredhaan dan cinta Allah S.W.T.Semakin hari,semakin aku menyayanginya..alangkah bertuah dan bahagianya jika kami keluar dari rahim yang sama.Hati ku hanya menyebut 'Subhanallah',kerana makin lama aku mengenalinya semakin banyak peribadinya yang mengagumkanku...



     Melaui kasih syang sesama manusia yang aku rasai ini memberikan ilham kepada ku untuk merangka ayat-ayat yang berunsur kasih sayang dalam novel ku yang bakal ku siapkan InsyaAllah..pada mulanya aku melihat wajahnya itu penuh dengan kesayuan..penuh ketabahan..lantas terlintas dalam benakku.."siapakah ibu bertuah yang mengandungkanmu dan melahirkanmu"baru beberapa purnama aku dan dia mengenali hati budi..aku dan dia sudah memahami feel masing-masing,aku dapat merasakan betapa kuatnya ukhwah antara kami berdua..kami bersama-sama mencintai Allah..bersama-sama mencari wasilah untuk penyucian jiwa...aku ingin sekali sillaturrahim antara kami terjalin dari dunia hingga ke akhirat..kini jiwa ku bertambah yakin bahawasanya cinta dan kasih sayang itu begitu besar maknanya...jika kita merasa senang dan bahagia bersama seseorang bermakna kasih dan sayang kita telah mekar tanpa kita sedari...dan sesungguhnya..kasih sayang yang sebegitu telah ditiupkan oleh Allah ke dalam jiwa kita...benarlah apa yang ku tahu..KEIKHLASAN DALAM HATI AKAN TERPANCAR DAN MEMBUATKAN KITA TAHU HATI SESEORANG ITU....aku nampak sinar di wajahnya...aku masih mencari pada mulanya..apakah sinar itu?Alhamdulillah kini aku diberi fikrah oleh Allah bahawa sinar diwajahnya itu sebenarnya sinar ketabahan yang selama ini dia cuba lindungi agar sinar tu sentiasa bercahaya...kerana disebalik sinar wajahnya itu terselindung seribu duka yang tiada terungkap oleh bibirnya...dia merupakan seorang anak yang telah terdidik oleh ummi dan abahnya dengan ilmu yang sempurna...tiba-tiba Allah menarik salah seorang pendidik jiwa menghadapNYA.Hati mana yang tidak menangis?hati mana yang tidak bersedih?hati mana yang mampu untuk tidak menitiskan airmata?Aku kagum dan aku pasti...insan sepertinya hanya akan berduka sementara sahaja,kerana insan sepertinya itu tahu bahawa segala yang terjadi..ajal,jodoh pertemuan,bala dan rezeki merupakan apa yang telah ditentukan oleh Allah dari LUH MAHFUZ lagi...jadi aku mengerti bahawasanya kita memang perlu bersedih...jika ujian menimpa kita..kerana itu membuktikan kita manusia semata...punyai perasaan dan rasa...tapi bagi manusia yang bersaksikan Allah sebagai pencipta alam dan Rasul sebagai pensuruhnya,kita akan akur dengan ketentuan...sedih kita akan sementara sahaja...dan tidak akan berpanjangan..sabar lah temanku...kerana Allah bersamamu...sesungguhnya kita semua akan  kesana..

   Kini dengan gelaran 'kakak'aku memanggilnya,,terasa jiwa penuh dengan pengisian setiap kali kami berbicara tentang ketuhanan dan penciptaanya,aku yakin dengan ilmulah dia dapat menerima kata-kataku..walaupun jadual kuliahnya tidak bermain dengan kalam-kalam Allah...seperti Nahu dan Sorof..FiqhMuamalat seperti diriku ini, namun pengertian mendalamnya tentang syumulnya Islam itu membuatkan aku bersyukur..dan membuatkan hatiku berkata.."orang yang berilmu yang banyak berkata dari amalnya hanya membenarkan  diri mereka terdedah kepada rasa riak berbanding dengan orang yang berilmu tetapi disembunyikan ilmu itu untuk menutup hatinya dari mensyirikkan Allah dengan syirik-syirik khafi"

   kakak...kaulah teman seperjuangan yang ku cari...adik berharap sangat kita menjaga persaudaraan dan ukhwah kita yang indah ini selamanya...adik sayang kakak selamanya... 


Tuesday 27 December 2011

Yakinlah Allah Bersamamu..

Ktika diri ini bersendiri aku merasakan ada yang menemaniku...ada yang memerhatikanku..
Mengapa hati resah tatkala sehari tidak menyebut namaNYA????
Aku tercari-cari jawapan......
Kini aku mengerti akan kewujudanNYA...
Dia telah banyak memberikan perhatian terhadapku...
Cintaku untukNYA semakin hari semakin bersemi...
Saban hari aku merasakan bertapa lazatnya cinta yang telah kuberikan padaNYA..
Bertapa aku memerlukanNYA...
Untuk menongkah arus Qada'dan Qadar yang telah ditentukan terhadap diriku...
Tak kan terdaya diri ini untuk melakukan sesuatu tanpa keizinanNYA..
Walaupun zat diriNYA tidak nyata namun kehadirannya mampu menggoncang jiwa...
Apa yang ku lihat di depan mata adalah rencanaNYA..
Dia mencorakkan dunia ini dengan pelbagai warna...
Menjadikan makhluk beserta ceritanya...
Makhluk yang diberikan watak dan peranannya..
Sebagai rantaian menuju padaNYA...
Aku miliknya...tiada yang selayaknya memilikiku selain DIA..
Aku mencintainya...
Kini...hatiku tenang melayari ceritaku...
Bersama-sama pelayaran manusia di sekelilingku...
Aku melihat keesaanNYA..
Aku semakin mengenali diriMU YA ALLAH...
Lantas menyedarkan siapa diriku...
Kini aku pasrah...dunia ini ku korbankan untukMU...
Yang sememangnya tidak pernah pun menjadi milikku..
Kembaraku hanya untukMU... 
YA ALLAH....KAU SENTIASA BERSAMAKU....

Sunday 25 December 2011

Di Saat Makrifatullah...

kadang-kadang..
tengok pasangan-pasangan bercouple..
dapat keluar date..bermadah sayang..
buat profile picture sama..in relationship with..
                                                               
                                                                        Aku Tertanya..??
Mungkin Cinta tu terlalu manis..Aku tak menyanggah tapi...
 Aku Mengakui adanya Cinta...
Setelah lama aku mencari-cari..Akhirnya aku mengerti manisnya...
  Tapi aku tak mahu madu-madu yang manis itu..
dibuang tersepah bukan pada tempatnya..
meskipun hati sudah terpaut nama si dia..
tetapi..
amat rugilah..jika aku tidak memilihnya..
untuk menjadi insan yang selayaknya..
si dia juga telah memilih agar hati kami berdua..
 terpaut pada kasih Allah..
agar aku dan dia terus dalam senarai
 pejuang cinta Allah..
bukan cinta duniawi..
walaupun aku dan dia tidak pernah bertemu jasad atau bersua wajah..
bicara kami beriringkan doa..
beserta tulisan bahasa indah..
Atas dasar bunga
KESUCIAN..
kami menggenggam janji cinta ini...
dan kami telah mengikatnya dengan satu ikatan yang suci..
InsyaAllah...impian yang diimpikan akan terjadi jika Allah mengizinkannya.. 
  Aku benar-benar bersyukur..
kerana dihadirkan insan seperti dia..
aku juga memohon agar Allah memelihara hatiku dan hatinya...
Tabahkanlah hatiku...kerana disaat yang lain bermadah cinta..
  Aku dan dia memilih untuk berahsia..

disaat yang lain bertemu mata..
  Aku meluangkan masaku lebih banyak bersamaNYA..

disaat pasangan yang lain memilih untuk berbicara sentiasa..
  Aku dan dia memilih untuk selalu berbicara pada yang esa..

disaat yang lain berkata..
Aku Cinta Padamu..
  Aku ingin berkata kepadanya..
Allah Bersamamu..

disaat yang lain berkata..
Aku rindu padamu..
  Aku ingin berkata kepadanya..
Hanya Allah selayaknya rindumu..

disaat hati mula terpaut..
atas kalam..
CINTA..
KAMI memilih untuk
Berpisah sementara..

Aku dan dia diberi kesedaran..
akan hakikat cinta dan perjuangan..
hakikat takdir dan keyakinan..

Hati Aku mula Berkata..

ANDAI KAMU YAKIN TAKDIR MU DAN DIA ATAS KUASA ALLAH

KORBANKANLAH HATIMU KERANA ALLAH.. KERANA DIALAH SEGALANYA..DIA YANG AKAN MENENTUKAN...
WAHAI BAKAL PEMILIK CINTAKU SETELAH ALLAH DAN RASUL..
BERSABARLAH...BERDOALAH SELALU UNTUKKU...
DAN AKU JUA AKAN MENDOAKANMU..
BERSAMA-SAMALAH KITA MENCAPAI NIKMAT CINTA ALLAH..
AKU MENANTIMU..

dan KINI kami menyahut cabaran hati kami..
KINI..hati kami menyimpan kerinduan tak terkata...
Terlalu banyak kata-kata rindu dari jiwa kami..
Hanya doa yang bisa kami utuskan...

tapi Aku yakin..
Bila tiba Waktu itu..
Aku dan Dia akan Bertemu..
Dengan Redha Allah..
“Cintailah Allah kerana nikmat yang dianugerahkan kepada kamu, cintailah aku kerana cinta kamu kepada-Nya”. 
(HR. Tirmidzi dan Al-Hakim)

WAHAI WANITA...


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM...DENGAN MENYEBUT NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG

"Wahai Nabi! Apabila orang-orang perempuan yang beriman datang kepadamu untuk memberi pengakuan taat setia,bahawa mereka tidak akan melakukan syirik kepada Allah dengan sesuatu pun,dan mereka tidak akan mencuri,dan mereka tidak akan berzina,dan mereka tidak akan membunuh anak-anaknya,dan mereka tidak akan melakukan sesuatu perkara dusta yang mereka ada-adakan dari kemahuan hati mereka,dan mereka tidak akan menderhaka kepadamu dalam sesuatu perkara yang baik,maka terimalah pengakuan taat setia mereka dan pohonkanlah kepada Allah mengampuni dosa mereka;sesungguhnya Allah Maha Pengampun,lagi Maha Mengasihani.(Al-Mumtahanah:Ayat 12)

     Wahai wanita...begitu mulia penciptaanmu...bukan saja dirimu itu dirindui dengan rindu yang biasa,malah Adam juga turut sunyi tanpa Hawa..Betapa penciptaanmu itu disanjumg...dari rahim wanita terlahirnya bangsa...dari kasih syang wanita terdidiknya bangsa...

      Mengapa wanita kini tidak mempunyai kesedaran sebegitu?sedihnya aku melihat wanita-wanita kini hanya menjadi pelapah nafsu lelaki...mengapa mereka membiarkan diri mereka sebegitu?di manakah maruahmu..WAHAI WANITA...!!!!!???kau dari kaumku..tempias perbuatanmu dapat kurasai meskipun bukan aku si pelakunya...wanita...sudah cukuplah kau membiarkan lelaki melihat susuk tubuhmu!!!berhentilah dari membiarkan nafsu lelaki menggelonjak melihat godaanmu!!!!...berhentilah...berhentilah...peliharalah dirimu...wahai wanita...ingatlah..HANCUR WANITA,HANCURLAH BANGSA..dan ingatlah lagi...seorang wanita solehah bersamaan 1000 lelaki soleh..betapa tingginya martabat kita...

   Bertapa mudah juga kita menjadi penggoda dari kita menjadi hamba...apakah kau merasa bangga jika dirimu menjadi perhatian sang arjuna?apakah kau gembira jika dirimu dipuji dan dipuja???YA!!!!!!!itu jawapannya...sebab itulah kau lupa..sedih diri ini melihat kaumku banyak yang rosak...banyak yang hilang arah tuju...janganlah kau menggunakan kecantikan untuk menggoda wahai hawa..,jangan kau menggunakan kecantikanmu untuk menghancurkan dunia,,,kerana kecantikanmu itu anugerah Allah,jangan kau lupa?Allah mengurniakan kecantikan kepadamu itu untuk dipersembahkan kepada pemilik cintamu iaitu suamimu...bukan kepada semua...suamimu yang akan menikmati kecantikanmu..peliharalah auratmu...peliharalah rambutmu...peliharalah wajahmu dari terus bertabbaruj dan bersolek seperti seorang pengantin untuk memikat si kumbang..semua itu palsu...hanya penarik perhatian cuma...sedarilah Wanita...dibawah ini telah kusediakan beberapa hadis yang diriwayatkan kepada kita yang mana hadis-hadis menunjukkan betapa sayangnya Allah S.W.T pada kita,,,Dia memberikan peringatan kapada kita....ingat allah pernah berfirman...maksudnya:

      Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. [33:59]

      Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya. [24:31]
 
     Wahai isteri-isteri Nabi, kamu semua bukanlah seperti mana-mana perempuan yang lain kalau kamu tetap bertaqwa. Oleh itu janganlah kamu berkata-kata dengan lembut manja (semasa bercakap dengan lelaki asing) kerana yang demikian boleh menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya (menaruh tujuan buruk kepada kamu), dan sebaliknya berkatalah dengan kata-kata yang baik (sesuai dan sopan). [33:32]


      Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu, dan pakaian perhiasan; dan pakaian yang berupa taqwa itulah yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah dari tanda-tanda (limpah kurnia) Allah (dan rahmatNya kepada hamba-hambaNya) supaya mereka mengenangnya (dan bersyukur). [7:26]

      Rasulullah SAW bersabda: “Ada dua golongan dari ahli neraka yang belum pernah saya lihat keduanya itu: (1) Kaum yang membawa cambuk seperti ekor sapi yang mereka pakai buat memukul orang (penguasa yang kejam); (2) Perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencenderungkan orang lain kepada perbuatan maksiat, rambutnya sebesar punuk unta. Mereka ini tidak akan boleh masuk syurga, serta tidak dapat akan mencium bau syurga, padahal bau syurga itu tercium sejauh perjalanan demikian dan demikian.” (H.R. Muslim)
 
        Asma’ binti Abu Bakar telah masuk ke tempat Rasulullah SAW berada sedangkan dia memakai pakaian nipis. Rasulullah SAW lalu berpaling daripada memandangnya sambil berkata, “Wahai Asma’ sesungguhnya seorang wanita itu apabila telah baligh (haid) maka tidak boleh baginya menampakkan tubuhnya kecuali ini dan ini, seraya menunjukkan wajah dan telapak tangannya.” (H.R. Abu Daud)

     Ummu Salamah pernah bertanya Rasulullah SAW, “Apakah seorang wanita boleh menunaikan solat di dalam pakaian labuh dan tudungnya jika dia tidak mempunyai sarung?” Rasulullah SAW menjawab, “Asal pakaian labuh (jubah) itu sempurna dan menutupi zahir kedua kakinya.” (H.R. Abu Dawud)
Rasulullah SAW bersabda: “Allah sentiasa merahmati para wanita yang memakai seluar panjang (di sebelah dalamnya).” (H.R. Al-‘Uqayli)

       Rasulullah SAW bersabda: “Tidak aku tinggalkan fitnah selepasku yang lebih boleh membawa mudarat kepada lelaki selain wanita.” (H.R. Bukhari)

      Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang mempelopori sesuatu yang buruk, maka ke atasnya dosa dan dosa setiap orang yang membuatnya tanpa sedikit kurang pun dosanya.” (H.R. Ahmad)

     Rasulullah SAW bersabda: “Kamu akan mengikuti jejak langkah umat-umat sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta sehingga jikalau mereka masuk ke lubang biawak pun kamu akan mengikuti mereka”. Sahabat bertanya: “Ya Rasulullah! Apakah Yahudi dan Nasrani yang kau maksudkan?” Rasulullah SAW menjawab: “Siapa lagi kalau bukan mereka.” (H.R. Muslim)


  Wahai wanita...kau kaumku...sedarlah..aku tidak berkata-kata dusta...malah ku berikan kamu buktinya..bukti dari kalam Allah dan Rasulnya...dari ayat Al-Quran dan Hadis2 soheh...aku menyayangi kaum ku...majulah kita kerana Allah...peliharalah Allah nescaya Allah akan memeliharamu...
Wallhualam Bi Sawwab...